Friday, November 21, 2008

Let's Read in Bahasa Malaysia... (Lost World of Tambun)

Kalau anda suka cabaran dan nak keluar daripada suasana yang sibuk di ibu kota, jom kita bersama sama ke The Lost World of Tambun di Ipoh. Pada 2 minggu yang lepas, Shaz bersama dengan kawan kawan Shaz bercuti ke Ipoh. Bukan untuk sesaja-ajer ke Ipoh untuk cari makan, tapi untuk meneroka taman tema yang lain daripada yang lain di Sunway City Ipoh. 

The Lost World of Tambun (LWOT) bukan sahaja sebuah taman tema untuk korang mandi dalam kolam air yang ber-ombak, ataupun naik "rides" yang cool! Tapi ia seperti korang balik ke "Tambun" pada 400 juta tahun yang lepas. Ia juga mempunyai taman rekreasi di mana korang boleh camping, jungle trekking, teambuilding, cave exploration, dan juga rock climbing.

LWOT mempunyai lebih daripada taman rekreasi, ia juga mempunyai 5 element yang COOL! Seperti Adventurific Water Slides (Wet Park), Fantabulous Dry Rides (Dry Park), Waterfall Beach Garden, Tiger Valley dan tak lupa Tambun HOT Springs (Hot Springs - Air panas ini natural yang dibawa daripada source asalnya di sebalik bukit). 

Blog Update untuk The Lost World of Tambun akan di masukkan dalam "3 Chapter" berlainan. Untuk Chapter 1 ini, Shaz nak share sikit pengalaman Shaz untuk hari pertama di LWOT masa melawat "6th Mile Tunnel". 

 
Shaz di atas lori yang akan bawa kami ke tapak "6th Mile Tunnel".

 
Berjalan dari pintu utama Sunway City Ipoh ker 6th Mile Tunnel.

 
Nak masuk 6th Mile Tunnel - kena la menyeberangi tasik nie dulu! 

 
Air dalam nie agak sejuk la! Tak cayer... cuba try :P

 
Shaz try nak panjat keluar dari tasik nie, tapi agak berat la gak...pasal baju semua basah!

 
Dalam tunnel nie agak gelap! 

 
Haha first time korang nampak Shaz pakai board shorts kan!

 
Masih lagi boleh bergambar dalam tunnel woorrr!!

 
Masih ada air lagi dalam tunnel nie... tapi tak la tinggi sangat! 

 
Ok..time untuk berehat! Kita orang dah lepas 6 batu berjalan dalam tunnel!

 
Sekarang masa untuk Jungle trekking pulak!

 
Time untuk menikmati kehijauan bumi kita!

 
Caterpillar nak jadi rama-rama dah!

 
Ok time untuk masuk balik dalam tunnel balik ke "civilisation"! 

 
Kalau balik lambat sikit, air dalam tunnel akan naik lebih tinggi dan habisla...kena bermalam dalam jungle!

 
Nasib baik kita org selamat balik ke The Lost World of Tambun!

 
Bukit bukit di persekitaran The Lost World of Tambun memang best! Rasa macam ada dekat Jurassic Park la pulak...

6th Mile Tunnel ini ialah satu cabaran untuk Shaz dan kawan kawan Shaz. Kami semua tak pernah masuk dalam tunnel / cave / gua... jungle trekking pun tak larat sangat. Cabaran di 6th Mile Tunnel nie memang cool! Korang kena menyeberang tasik, korang boleh jumpa Stalactites & Stalagmites. Kelawar yang berterbang secara FREE di dalam tunnel nie pun ada! - Dan yang best sekali, Tunnel ini bukan di-buat / di-reka oleh LWOT, ia sebenarnya dijumpa dan ada orang kata masa zaman peperangan dulu - diorang lah yang membuat tunnel ini untuk nak menyorok daripada askar askar yang lain.

Untuk menikmati 6th Mile Tunnel ini, korang boleh pilih sebuah package di LWOT - di mana diorang akan provide 2 Cereal Chocolate Bar, 1 Mineral Water, 1 head light, safety helmet, life jacket dan juga Ranger guides untuk bawak korang ke dalam 6th Mile Tunnel.

Kalau korang nak cuba masuk ke 6th Mile Tunnel nie, boleh lah call The Lost World of Tambun terlebih dahulu untuk membuat reservation @ 05-542 8888 / http://www.sunwaylostworldoftambun.com  

Ok itu sahaja untuk Chapter 1 di The Lost World of Tambun. Blog update selepas ini - Xpert Tech Info untuk Google Video Cast, Google Chrome, Harmony One Advanced Universal Remote Control dan tak lupa Chapter 2 untuk LWOT. 

 

1 Comments:

At 8:00 PM, Blogger Cmate said...

Looks like fun!

 

Post a Comment

<< Home